Saturday, November 24, 2012

Mengenal Malaikat serta tugasnya


Assalamualaikum wbt
Mengenal malaikat merupakan satu kewajipan bagi setiap imat islam. Mempercayainya merupakan satu daripada rukun Iman.. Tapi apalah ertinya percaya tanpa mengenali serba sedikit tentang malaikat serta tugasnya betul tak..? di bawah petikan yang saya ambil dari blog (http://islamdaniman.blogspot.com) untuk bacaan kita bersama berkenaan malaikat serta tugasnya. Moga bermanfaat

Allah S.W.T. berfirman, “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah Timur dan Barat itu suatu kebaikan, akan tetapi sesungguhnya kebaikan itu ialah beriman kepada Allah, Hari Kemudian, malaikat-malaikat, nabi-nabi …” (QS. Al Baqarah : 177)


Barangsiapa kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan Hari Kemudian, maka orang itu telah sesat sejauh-jauhnya” (QS. An Nisaa’ : 136)


Rasulullah S.A.W. bersabda ketika Jibril bertanya kepada beliau tentang iman,
“Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, Hari Akhir dan beriman kepada takdir baik dan buruk-Nya” (HR. Muslim no. 8, dari Umar bin Khaththab radhiyallaHu ‘anHu)


Dalam hadits shahih yang lain Rasulullah S.A.W. bersabda,
Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan dari apa yang telah diciptakan kepada kalian” (HR. Muslim no. 2996, dari ‘Aisyah radhiyallaHu ‘anHa)


Berikut ini nama beberapat malaikat-malaikat Allah Ta’ala beserta tugas-tugasnya :


1. Jibril
Adalah malaikat yang diberikan amanat untuk menyampaikan wahyu, turun membawa petunjuk kepada Rasul agar disampaikan kepada umat. 
Allah S.W.T. berfirman,
“Dan sungguh dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) di ufuk yang terang” (QS. At Takwiir : 23)


Rasulullah S.A.W.bersabda,
“Aku melihatnya (Jibril) turun dari langit, tubuhnya yang besar menutupi antara langit sampai bumi” (HR. Muslim no. 177, dari ‘Aisyah radhiyallaHu ‘anHa)


Abdullah bin Mas’ud radhiyallaHu ‘anHu menjelaskan bahwa Nabi Muhammad S.A.W. melihat jibril memiliki enam ratus sayap (HR. al Bukhari no. 4857)


2. Mika-il
Dialah yang diserahi tugas mengatur hujan dan tumbuh-tumbuhan dimana semua rezeki di dunia ini berkaitan erat dengan keduanya. Terdapat penyebutan Jibril dan Mika-il secara bersamaan dalam satu ayat, 
Allah S.W.T. berfirman,
Barangsiapa menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mika-il, maka sesungguhnya Allah musuh bagi orang-orang kafir” (QS. Al Baqarah : 98)


3.Malaikat Izroil 
Malaikat Izroil bertugas mencabut nyawa.


4. Israfil
Dia diserahi tugas meniup sangkakala atas perintah Rabb-nya dengan tiga kali tiupan. Pertama adalah tiupan keterkejutan, tiupan kedua adalah tiupan kematian dan tiupan ketiga adalah tiupan kebangkitan.


5. Malik
Dia adalah penjaga neraka.
 
Allah S.W.T. berfirman,
“Mereka berseru, ‘Hai Malik, biarlah Rabb-mu membunuh kami saja’. Dia menjawab, ‘Kamu akan tetap tinggal (di Neraka ini)’. Sesungguhnya Kami telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan diantara kamu benci kepada kebenaran itu” (QS. Az Zukruf : 77-78)


6. Ridhwan
Dia adalah penjaga Syurga. Ada sebagian hadits yang dengan jelas menyebutkan dirinya (al Bidaayah wan Nihaayah I/45)


7, 8. Munkar dan Nakir
Terdapat penyebutan dengan mereka di dalam hadits Abu Hurairah radhiyallaHu ‘anHu, Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Tatkala orang yang mati telah dikubur, datanglah kepadanya dua malaikat yang hitam kebiruan, salah satu diantara keduanya dinamakan Munkar dan yang lainnya dinamakan Nakir” (HR. at Tirmidzi, dihasankan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih Sunan at Tirmidzi no. 856)


9, 10. Harut dan Marut
Keduanya termasuk malaikat yang namanya tertulis di dalam al Qur’an. 
Allah S.W.T. berfirman,
“Padahal Sulaiman tidak kafir (mengerjakan sihir), hanya syaithan-syaithan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil, yaitu Harut dan Marut” (QS. Al Baqarah : 102)


11. Ar Ra’d
Malaikat ini bertugas mengatur awan. Ibnu Abbas radhiyallaHu ‘anHu berkata,
“Orang-orang Yahudi datang menemui Nabi, lalu mereka bertanya, ‘Wahai Abul Qasim, kami akan bertanya kepadamu tentang beberapa hal. Jika engkau menjawabnya maka kami akan mengikuti, mempercayai dan beriman kepadamu’.
Mereka bertanya, ‘Beritahukan kepada kami tentang ar Ra’d, apakah itu ?’.
Rasulullah S.A.W. menjawab, Salah satu malaikat yang diserahi tugas untuk mengatur awan’” (HR. an Nasai, dihasankan oleh Syaikh al Albani dalam ash Shahihah no. 1872)


12, 13. Raqib dan ‘Atid
Sebahagianan ulama menjelaskan bahwa diantara malaikat ada yang benama Raqib dan ‘Atid. 
Allah S.W.T. berfirman,
“Tidak suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (QS. Qaaf : 18)

Earphone with mic - RM5 only

Askum

saya ada menjual earphone bersama dengan mic
sesuai untuk mana2 jenis phone. RM5 sahaja


Jika berminat boleh hubungi saya. member2 office jika berminat boleh jumpa untuk test. Kualiti macam earphone lain

Colorfull Kabel USB to micro USB


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
pada sape2 yang berminat, saya ada menjual kabel usb data seperti di bawah


USB data cable – micro USB – Harga RM10
-          Sesuai untuk semua smart phone yang menggunakan micro USB(Galaxy, CSL, HTC, dll)
-          Boleh jugak digunakan untuk External HDD(WD Passport, dll)
-          Speed transfer macam cable USB biasa
-          Charge phone lebih cepat dari kabel biasa(banyak komen positif dari kawan2 pejabat)


 Colorfull Small USB data cable – Micro USB – RM8
-          Sesuai untuk semua smart phone yang menggunakan micro USB
-          Data transfer speed macam cable lain
-          Ada pelbagai warna

JiJika berminat boleh hubungi saya 0127493002 atau msg di facebook

Sunday, January 23, 2011

My Bike

Saja letak...ni gamba bike aku. Jaguh











Bawak jaguh ni memang best...tapi battery moto ni cepat sangat abis. Kalau ikut forum2 biker yang aku baca, rectifier dia dah problem.


Harap dapat settlekan masalah ni secepat mungkin

PC GAME : Dead Rising 2

Game keluaran terbaru dari Capcom






Anda memegang watak sebagai Chuch Green. Seorang peserta serta rider yang membunuh Zombie. Seluruh bandar dipenuhi dengan zombie. Anda terpaksa keluar ke seluruh bandar untuk mencari Zombrex, i
aitu ubat untuk mengelakkan anak perempuan anda dari menjadi Zombie. Dalam masa yang sama, anda juga berpeluang berlawan dengan zombie serta menyelamatkan beberapa survivor yang masih mencari peluang menyelamatkan diri









So far, game ni..PRO
-Gameplay mudah (Maklum lah...Capcom memang expert game2 macam ni)
-Jalan cerita menarik
-pelbagai senjata, kenderaan








Cons
-Agak ganas sikit
-Graphic agak hampeh...walaupun quality sudah ditinggikan(ingat graphic macam Resident Evil 5, tapi sayangnya tidak)

Apa pun, layan. Trainer akan diupload tak lama lagi....

Wednesday, January 19, 2011

masuk hospital...:p

Minggu lepas aku dengan bini aku keracunan makanan..makan kat kota raya. Bini aku smpai admit kat hospital Regancy...skrg kami dah ok skit..Alhamdulillah.

Pada kawan2...hati2 makan kat Kota Raya JB eh...

Tuesday, January 11, 2011

Dah amek moto...

Akhirnya dah beli moto..aku amek jaguh kaler oren. RM2500 smua skali atas jalan...
Gamba tak smpat amek lagi sebab kedai nak buat Puspakom dan tukar nama...Insya Allah kalau takde apa2, hari jumaat ni dapat... :D

Tak sabar nak jadi RIDER...